
Kerajaan Sarawak akan menanggung kos pendidikan Euodia, anak kepada mendiang jururawa Debra Moset, sehingga tamat pengajian dan merealisasikan impiannya untuk bergelar doktor.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata keputusan itu dibuat selepas beliau tersentuh membaca luahan Euodia yang bertekad meneruskan pengajian sebagai penghormatan kepada ibunya.
Euodia, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen, sebelum ini meluahkan rasa kehilangan terhadap ibunya yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram.
Dalam luahannya, Euodia mengenang hasrat mendiang ibunya untuk menemaninya sehingga berjaya menjadi doktor, selain impian mereka untuk bekerja di tempat yang sama pada suatu hari nanti.
“Rest in peace my mom SN Debra Moset. Mommy, kakak proud of you sebab mommy meninggal demi bagi perkhidmatan kesihatan,” luah Euodia.
Lebih menyentuh hati, Euodia turut berjanji akan berusaha merealisasikan impiannya dengan membawa gelaran doktor pada masa akan datang sebagai hadiah buat arwah ibunya.
“Saya janji, 10 tahun akan datang kakak bawa gelaran Dr Euodia demi mommy,” katanya.
Menurut Euodia, minatnya terhadap bidang sains dan cita-cita untuk menjadi doktor atau jururawat turut dipengaruhi oleh mendiang ibunya yang sentiasa mendorongnya memilih aliran sains.

Baca juga:
PAS tuntut penjelasan penangguhan permohonan pengampunan Najib- Kerajaan Sarawak tanggung kos pendidikan anak mendiang jururawat Debra
‘Pintu helikopter BO-105 memang boleh ditanggalkan’ – Isteri Kapten Zainol Afiq
Abang Johari berkata, selain Euodia, kerajaan negeri turut akan menyediakan bantuan pendidikan kepada anak-anak mangsa lain yang terkorban dalam nahas helikopter berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan Sarawak memahami bahawa kehilangan ibu atau bapa tidak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit, namun bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.
Sebelum ini, Premier Sarawak turut mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga mangsa, selain yuran pendidikan anak-anak lima mangsa nahas helikopter Long Lellang ditanggung menerusi Yayasan Sarawak.
Dalam pada itu, Abang Johari mengajak semua pihak untuk terus mendoakan agar roh kesemua mangsa nahas berkenaan ditempatkan dalam keadaan aman dan tenang.
The post Kerajaan Sarawak tanggung kos pendidikan anak mendiang jururawat Debra appeared first on The Reporter.






![[VIDEO] Kenalan hiba iringi mendiang Debra Morset dibawa pulang ke Kuching](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-13-at-13.00.17-1024x766.jpeg)