Kerajaan Teliti Cadangan Hukuman Sebat Bagi Kesalahan Akaun Keldai

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 10:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Teliti Cadangan Hukuman Sebat Bagi Kesalahan Akaun Keldai

Kerajaan sedang meneliti cadangan mengenakan hukuman sebat sebagai hukuman tambahan bagi kesalahan tertentu membabitkan penyalahgunaan akaun keldai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penelitian itu akan meliputi aspek keberkesanan, kesesuaian serta implikasinya dalam kerangka perundangan jenayah negara.

Katanya, penelitian berkenaan akan dilaksanakan secara menyeluruh menerusi libat urus dan penyelarasan bersama pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC), kementerian serta agensi berkaitan.

“Dalam hal ini, cadangan berkenaan hukuman sebatan sebagai hukuman tambahan bagi kesalahan tertentu melibatkan penyalahgunaan akaun keldai akan diteliti dan dipertimbangkan bersama pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya.

Shamsul Anuar berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung kes penipuan pelaburan Triumph FX yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini.

100,230 Serbuan Pusat Panggilan Sindiket Scam

Dalam sesi sama, Shamsul Anuar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan 100,230 serbuan ke atas pusat panggilan sindiket penipuan dari 2023 hingga Ogos lalu.

Menurutnya, operasi berkenaan membawa kepada penahanan 9,159 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai peringkat rantaian operasi sindiket penipuan.

Daripada jumlah itu, tindakan telah diambil terhadap 36 dalang utama, 74 pengurus, 165 penyelia, 118 individu yang berperanan sebagai pengurus kewangan atau pengendali akaun keldai, 132 pengatur cara teknologi maklumat (IT) serta 8,409 operator bawahan.

Katanya, statistik berkenaan menunjukkan PDRM terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan bagi melumpuhkan keseluruhan rantaian operasi sindiket penipuan.

Baca juga:

Kerajaan sebelum ini turut memperkenalkan peruntukan khusus berkaitan penggunaan akaun keldai, dengan kesalahan tertentu boleh membawa hukuman penjara dan denda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved