Kerangka kepimpinan K-A-S-I-H: Memupuk kesejahteraan guru

Opinion
19 Aug 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerangka kepimpinan K-A-S-I-H: Memupuk kesejahteraan guru

Situasi yang berlaku:
“Seorang guru yang sebelum ini menunjukkan prestasi baik mula lewat menyiapkan tugasan, kurang terlibat dalam aktiviti sekolah dan kelihatan tidak bermotivasi.”
Sebagai pemimpin di sekolah, apa tindakan yang sepatutnya dilakukan?

Dalam konteks kerangka kepimpinan K-A-S-I-H, elemen K yang pertama bermaksud kenali insan.

Apakah aspek yang pemimpin sekolah perlu kenali ?

Antara aspek yang pemimpin perlu kenali ialah:
*Mengenali individu melebihi nama dan jawatannya;
*Memahami kekuatan dan potensi yang dimiliki;
*Mengenal pasti keperluan pembangunan profesional;
*Memahami faktor emosi, sosial dan persekitaran yang mempengaruhi prestasi;
*Mengetahui aspirasi serta matlamat kerjaya individu;
*Menyesuaikan pendekatan kepimpinan mengikut keperluan dan situasi;
*Membina hubungan berasaskan kepercayaan, hormat dan empati.
Oleh itu dalam konteks situasi tersebut, pemimpin sekolah perlu mengadakan pertemuan secara tertutup dan memulakan dialog dengan penuh hormat:

“Saya perhatikan sejak kebelakangan ini cikgu kelihatan agak terbeban dan beberapa tugasan tertangguh. Saya ingin memahami keadaan cikgu. Apakah yang sedang berlaku, dan apakah sokongan yang boleh kami berikan?”
Pertemuan ini akan membantu pemimpin sekolah mengesahkan perkara-perkara berikut :

*Mengesahkan perasaan dan keadaan guru
*Meneliti semula keutamaan tugas
*Memberikan sokongan rakan sejawat
*Menyusun semula beberapa tanggungjawab sementara
*Menetapkan pelan pemulihan prestasi secara bersama
*Memantau perkembangan secara berkala
*Merujuk kepada bantuan profesional sekiranya diperlukan

Apabila proses kenali insan ini berlaku, maka tindakan yang akan diambil oleh pemimpin sekolah akan lebih berhemah dan lebih tepat. Prinsip asas dalam elemen kenali insan ini ialah:
* Setiap insan mempunyai maruah.
* Setiap insan adalah unik.
* Tingkah laku mempunyai konteks.
*Setiap insan mempunyai potensi.
*Mendengar mendahului tindakan.
*Pengenalan insan berasaskan kepercayaan
*Kefahaman perlu disokong oleh bukti.

Kenali Insan ialah proses kepimpinan yang terancang untuk memahami seseorang secara menyeluruh dari aspek identiti, kekuatan, keperluan, emosi, motivasi, pengalaman, aspirasi, cabaran dan potensi bagi membolehkan pemimpin memberikan bimbingan, sokongan dan peluang pembangunan yang bersesuaian. –UTUSAN

AHMAD SHAFRIN ABDUL AZIZ
School Improvement Partner+ (SIP+)
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat.

The post Kerangka kepimpinan K-A-S-I-H: Memupuk kesejahteraan guru appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved