Kerpal Singh tidak mengaku keluar kata kesat terhadap peguam

20 Aug 2026 • 3:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerpal Singh tidak mengaku keluar kata kesat terhadap peguam

IPOH – Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang peguam dalam kejadian semalam.

Tertuduh, Kerpal Singh Atma Singh, 71, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang pesara didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang peguam, Muhammad Syazwan Mohd. Salleh, 38, dengan tujuan mengganggu keamanan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, dalam daerah Kinta, kira-kira pukul 11.45 pagi, 19 Ogos 2026.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM100, yang tidak dibantah peguam bela, Sandeep Singh.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan tersebut sebanyak RM100 dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Kerpal Singh tidak mengaku keluar kata kesat terhadap peguam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved