Tular Individu Pakai Helmet Didakwa Tabur Najis Dalam Masjid Di Kelantan [Video]

5 Oct 2026 • 5:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Masjid merupakan rumah ibadah bagi masyarakat beragama Islam di mana ia adalah tempat yang suci dan perlu dihormati.

Namun masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara yang tidak sepatutnya di dalam masjid seperti mencuri, merosakkan barangan atau mencemarkan masjid dengan kotoran yang tidak sepatutnya.

Tular individu didakwa cemar masjid dengan najis

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan tindakan seorang individu yang didakwa bertindak mencemarkan masjid dengan najis di Tumpat Kelantan.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Hafifi Husaini di Threads, awalnya kelihatan seorang individu dilihat berjalan di dalam masjid sambil membawa satu tong di atas bahunya.

Dalam video itu kelihatan sesuatu seperti cecair yang terkeluar daripada tong berkenaan ketika ia dibawa.

Cecair berwarna hijau pada karpet, meja ceramah dan temapat solat imam

Di dalam satu lagi video, kelihatan karpet di dalam masjid itu dicemari kotoran cecair berwarna hijau sehingga ke meja ceramah termasuklah di tempat solat imam.

Bukan hanya itu, turut kelihatan pintu cermin di masjid tersebut juga pecah dipercayai dilakukan oleh individu sama.

“Tabur najis/ taik di Masjid Kota SPP Warisan, Tumpat, Kelantan. Yang buat ni memang ce***a. Habis masjid kena basuh,” kata Hafifi.

Rakaman dikongsikan oleh pengguna lain di media sosial

Dalam hantaran sama, Hafifi turut berkongsi tangkap layar mesej daripada Imam memaklumkan mengenai perkara itu.

Video sama turut dikongsikan oleh Hafifi di Facebook. Rakaman itu kemudiannya turut dikongsikan oleh seorang pengguna lain di Threads sehingga ia menjadi sohor.

Dalam video CCTV yang dikongsikan dipercayai insiden berkenaan berlaku pada jam 4.41 pagi pada 5 Oktober.

View on Threads

Ramai kecam tindakan kotorkan masjid dengan najis

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu yang mengotorkan masjid itu.

Malah ada yang menyifatkan tindakan dilakukan oleh individu berkenaan berbentuk provokasi.

“Percaya lah dia seagama juga mamat yang buat tu”

Image from: Tular Individu Pakai Helmet Didakwa Tabur Najis Dalam Masjid Di Kelantan [Video]

“Solat hajat je orang macam ni biar panas”

Image from: Tular Individu Pakai Helmet Didakwa Tabur Najis Dalam Masjid Di Kelantan [Video]

“Allahuakbar apa punya orang lah ni, rumah Allah tu”

Image from: Tular Individu Pakai Helmet Didakwa Tabur Najis Dalam Masjid Di Kelantan [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved