Tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemui maut di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat Batu Pahat, semalam.
Ditahan beberapa jam selepas mayat ditemui
Memetik laporan daripada Berita Harian, ketiga-tiga suspek ditahan beberapa jam selepas mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 5.30 petang.

Seorang direman pagi ini
Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu polis melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.
Kesemua mereka merupakan pelajar di sekolah yang sama dengan mangsa, yang dipercayai dibunuh sebelum ditinggalkan di dalam dewan sekolah.

Dalam kejadian itu, Irene Sofiya ditemui nenek bersama seorang rakannya yang datang mencari mangsa selepas dia tidak pulang ke rumah.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta penglibatan suspek dalam kes berkenaan.
Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)






