Kes Rocky: Muhammad Shah, wanita didakwa pemilik anjing tiba di mahkamah

20 Aug 2026 • 9:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes Rocky: Muhammad Shah, wanita didakwa pemilik anjing tiba di mahkamah
Muhammad Shah (kanan) dan Roghini Devi tiba di Mahkamah Sesyen pada pagi Khamis.

KLANG - Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, tiba di Mahkamah Sesyen di sini kira-kira jam 8.45 pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes kematian anjing bernama ‘Rocky’.

Beliau dilihat memasuki kompleks mahkamah diiringi peguam serta aktivis sosial, Firdaus Wong dalam keadaan terkawal.

Kira-kira 10 minit sebelum itu, wanita didakwa pemilik Rocky, S Roghini Devi, 42, turut dilihat memasuki kompleks mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes berkenaan.

Suasana di sekitar Mahkamah Sesyen kekal tenang dan terkawal tanpa sebarang gangguan atau perhimpunan.

Berdasarkan sistem kehakiman, pertuduhan terhadap Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom dijadualkan dibacakan di hadapan Hakim, Mujib Saroji.

ARTIKEL BERKAITAN:Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Sebelum ini, Muhammad Shah Idham Nor mengaku terkejut selepas menerima waran untuk hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dipercayai berkaitan Akta Kebajikan Haiwan.

Beliau turut menegaskan kematian Rocky tidak seharusnya dikaitkan dengan sentimen perkauman, sambil menyatakan hubungan penduduk pelbagai kaum di Taman Telok Gedong Indah kekal baik.

Kes berkenaan mendapat perhatian ramai selepas video berkaitan insiden operasi menangkap anjing liar di Taman Telok Gedong Indah pada 29 Julai lalu tular di media sosial.

Kes Rocky: Tiada perhimpunan, suasana mahkamah terkawal

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan berkaitan kes berkenaan serta memberi ruang kepada proses perundangan berjalan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved