Kes Rocky: ‘Pemilik’ anjing juga akan didakwa

20 Aug 2026 • 7:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes Rocky: ‘Pemilik’ anjing juga akan didakwa

KLANG – Pertuduhan kes melibatkan insiden kekecohan sehingga membawa kematian anjing liar bernama ‘Rocky’ turut melibatkan seorang wanita yang dikatakan pemilik haiwan itu di Mahkamah Klang, hari ini.

Wanita itu berusia 40-an itu dijangka berdepan beberapa pertuduhan di dua mahkamah berasingan.

Sumber turut mengesahkan bahawa wanita itu antara akan dituduh hari ini.

“Ya betul”, katanya.

Berdasarkan sistem kehakiman, pertuduhan melibatkan kes tersebut dijangka akan dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mujib Saroji dan Majistret, A Karthiyayini.

Namun, belum dapat dipastikan seksyen dan akta yang akan digunakan bagi mendakwa kedua-dua individu berkenaan kerana pertuduhan hanya akan ditentukan dan dibacakan di mahkamah kelak.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang pemuda yang sebelum ini dikaitkan dengan kes kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky mengakui masih belum mengetahui jenis pertuduhan yang akan dihadapinya di mahkamah, hari ini susulan kejadian kontroversi itu.

Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, berkata, dia sebaliknya terkejut selepas menerima waran untuk hadir ke mahkamah untuk dituduh dipercayai di bawah Akta Kebajikan Haiwan. – KOSMO! ONLINE

The post Kes Rocky: ‘Pemilik’ anjing juga akan didakwa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved