Pemandu ‘Black Maria’ Imigresen ragut tiga nyawa didakwa

20 Aug 2026 • 12:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemandu ‘Black Maria’ Imigresen ragut tiga nyawa didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu ‘Black Maria’ Jabatan Imigresen Malaysia yang terlibat kemalangan meragut nyawa tiga beranak di Jalan Sultan Ismail di sini semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap lima pertuduhan terhadapnya.

Tertuduh, Mohd. Akbar Zainol, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Semalam, media melaporkan tiga sekeluarga maut selepas dilanggar sebuah lori Imigresen yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah seorang lelaki berusia 53 tahun, serta dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun

Seorang wanita berusia 55 tahun yang juga isteri dan ibu kepada mangsa cedera dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL – UTUSAN

The post Pemandu ‘Black Maria’ Imigresen ragut tiga nyawa didakwa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved