
OSLO: Kesihatan Raja Norway, Raja Harald, 89, merosot ketika dirawat di hospital, menurut kenyataan Istana Diraja Norway.
Raja Harald yang merupakan ketua negara tertua di Eropah ketika ini, dimasukkan ke hospital pada Isnin untuk menerima rawatan bagi anemia.
“Kesihatan Raja Harald merosot sepanjang hujung minggu. Baginda menerima rawatan antibiotik bagi jangkitan bakteria dalam darah dan memberikan tindak balas terhadap rawatan itu,” menurut istana.
Bagaimanapun, istana memaklumkan keadaan Raja Harald kekal stabil.
The post Kesihatan Raja Norway merosot appeared first on Utusan Malaysia.




![[VIDEO] Nahas lori imigresen: Isteri masih tercari-cari suami](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/maut-blackmaria-1024x759.jpeg)

