Ketuk Tingkap Kereta & Minta Nombor Telefon, Wanita Dakwa Diganggu Lelaki Di Jalan Raya [Video]

19 Aug 2025 • 12:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Setiap orang tidak kira lelaki atau wanita seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan menjaga diri ketika berada di luar rumah.

Ia penting bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Selain kes curi atau merompak, kejadian yang biasa berlaku khususnya melibatkan kaum Hawa adalah gangguan seksual.

Walaupun berada di tempat awam atau di khalayak ramai, golongan ini berisiko menjadi mangsa.

Wanita Santai Duduk Dalam Kereta, Lelaki Ketuk & Minta Nombor Telefon

Semalam (18 Ogos), tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang mendakwa diganggu ketika sedang berada dalam kereta oleh seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita berkenaan di TikTok @aqmadeen, kelihatan lelaki yang menunggang motosikal itu sedang melihat ke arahnya sambil tersenyum membuatkan wanita itu tidak selesa.

Lebih ‘mengerikan’, dia siap menjelirkan lidah ketika memandang kamera yang dipegang oleh wanita itu.

Jelas wanita yang dikenali sebagai Aqma, lelaki berpakaian warna coklat tersebut dikatakan menganggu dan mahu meminta nombor telefonnya.

“Kau tengok dia ni, dia minta nombor telefon aku. Aku tengah rileks makan durian crepe, member sebelah minta nombor telefon pula,” katanya.

Wanita Dakwa Lelaki Minta Nombor Telefon Sambil Pegang Kemaluan

Apa yang menjadi perhatian apabila Aqma mendakwa lelaki berkenaan meminta nombor telefon sambil memegang kemaluannya sendiri.

“Biar dia viral, dia tak tahu dia viral nanti. Kau nak colek-colek k*n*k dia, aku potong k**e kau nanti,” katanya.

@aqmadeen

Suka suka kau ye hehehe 🥰🥰 memang aku potong pakcik ni 🥰🥰🥰🥰

♬ original sound – Aqma Deen – Aqma Deen

Tonton video penuh [DI SINI]

Malah menerusi perkongsian berasingan, Aqma siap melakonkan isyarat lucah yang dibuat oleh lelaki berkenaan terhadapnya.

“Dia bawa motosikal tepi Aqma, dia pegang anu. Dia ketuk tingkap Aqma, Aqma pun pandang. Aku boleh buat apa, aku boleh rekod je bang,” jelasnya.

Rekod Video Untuk Peringatan Para Wanita Agar Berhati-Hati

Kongsi Aqma lagi, tujuannya merakam kejadian tersebut adalah kerana mahu memberi peringatan khususnya para wanita agar lebih berhati-hati.

“Aku rekod, sebarkan supaya benda ni tak berlarutan. Kerana benda ini bukan sesuatu yang kita boleh normalizekan.

“Bayangkan kalau kena dekat perempuan yang lemah semangat, lepas kena dia langsung tak boleh keluar rumah.

“Please, it’s not funny. Mungkin cara Aqma bagitahu tu it’s a bit funny tapi ini untuk kesedaran supaya melekat dekat kepala korang benda ini bukan normal.

“Perempuan, hati-hati, kunci kereta. Lelaki pula, jangan terlampau gatal, kau ingat aku apa?” katanya.

@aqmadeen

Replying to @mohdkhairil.82 saya bagi number phone abang kat pakcik tu la settle 😌

♬ original sound – Aqma Deen – Aqma Deen

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Risau Wanita Diganggu Lelaki, Siap Nasihat Agar Lebih Berhati-Hati

Perkongsian yang telah mendapat lebih 2.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat tindakan lelaki berkenaan yang selamba menganggu wanita itu.

Ada yang meluahkan rasa risau serta turut meminta Aqma agar lebih berhati-hati selain memasang tinted gelap bagi mengelakkan perkara sama berulang kembali.

Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna media sosial yang terdiri daripada lelaki seakan tidak percaya dengan apa yang dikongsikan oleh Aqma.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Wanita Di Luar Sana, Seeloknya Pakailah Tinted Gelap”

image is not available

“Kalau Aku Jadi Perempuan Ni, Aku Pun Rakam. Bukan Tak Pernah Jumpa Orang Macam Ni”

image is not available

“Dia Cuma Bagi Isyarat Jari Je Pun, Ignore Jela Yang Kau Dok Viral Kenapa? Lapar Perhatian Ke?”

image is not available

“Minta Nombor Telefon Tak Boleh Ke?”

image is not available

“Masing-Masing Jadikan Bahan Untuk Tertawa, Padahal Akak Ni Dah Bagitahu Hal Sebenar & Dia Mangsa”

image is not available

Source: