TAWAU: Seorang buruh warga asing yang didakwa melakukan perbuatan khianat di rumah kakaknya sendiri di bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Semarak di sini dicekup polis pada Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata siasatan awal mendapati suspek berumur 34 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Pengadu yang juga kakak suspek, 46, tampil membuat laporan di Balai Polis Tawau mengenai tindakan agresif adiknya yang merosakkan pintu rumah dan cermin hiasan di dinding.
“Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada Ahad kira-kira jam 9 pagi itu, adik pengadu meminta kakaknya supaya jangan bising terhadap dirinya dan anak-anak sebelum mula bertindak agresif.
Berikutan itu sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) diketuai Insp Kasinam Kadri menahan suspek di rumah terbabit kira-kira jam 2.13 pagi sehari selepas kejadian.
“Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai sebanyak RM300,” katanya, di sini, Selasa.
Champin berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (perbuatan khianat) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (tanpa dokumen) yang membawa membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara hingga lima tahun atau denda dan penjara dan maksimum enam sebatan.