
SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyita peralatan sebuah premis yang disyaki menyebabkan pencemaran dan bau busuk di anak sungai berhampiran Kampung Kayu Ara, Mambau, di sini.
Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Baharuddin berkata, tindakan itu diambil Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS pada 30 Ogos lalu dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti memproses organ dalaman haiwan untuk dijadikan makanan ikan.
“Ketika serbuan, penguatkuasa turut mendapati dua lelaki warga Myanmar pemegang kad UNHCR membuang sisa cecair ke dalam anak sungai berhampiran. Premis berkenaan dimiliki warga tempatan, namun pemiliknya tidak berada di lokasi ketika pemeriksaan dijalankan.
“MBS kemudian mengeluarkan kompaun kerana premis beroperasi tanpa lesen selain menyita satu unit water compressor, satu unit induction motor dan tiga fius. Notis arahan memberhentikan operasi serta penutupan premis turut dikeluarkan dan ditampal di lokasi, manakala pita sitaan MBS direntang di premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE
The post Kilang cemar sungai Mambau kena sita appeared first on Kosmo Digital.






