“Kita bukan sekadar memelihara bangunan” – Hannah Yeoh mahu sejarah Kuala Lumpur terus bernyawa

LocalArchitecture
12 Aug 2026 • 10:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kuala Lumpur perlu terus berkembang sebagai bandar raya moden tanpa mengorbankan sejarah dan identitinya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Menerusi hantaran di Facebook, Hannah berkata kerajaan, pemilik aset, komuniti dan rakan strategik perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan warisan di Kuala Lumpur terus hidup, mudah diakses dan kekal relevan kepada generasi akan datang.

Image from: “Kita bukan sekadar memelihara bangunan” – Hannah Yeoh mahu sejarah Kuala Lumpur terus bernyawa

“Kuala Lumpur perlu terus maju tanpa kehilangan sejarah dan identitinya. Sebab itu kerajaan, pemilik aset, komuniti dan rakan strategik perlu bergerak bersama untuk memastikan kawasan warisan kita terus hidup, mudah diakses dan relevan kepada generasi seterusnya.
“Kita bukan sekadar memelihara bangunan. Kita memelihara cerita Kuala Lumpur,”kata Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut.

Image from: “Kita bukan sekadar memelihara bangunan” – Hannah Yeoh mahu sejarah Kuala Lumpur terus bernyawa

Image from: “Kita bukan sekadar memelihara bangunan” – Hannah Yeoh mahu sejarah Kuala Lumpur terus bernyawa

Hannah berkata demikian selepas turun ke Presint Merdeka 118 bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta ahli Jawatankuasa Pemandu Warisan Kuala Lumpur.

Image from: “Kita bukan sekadar memelihara bangunan” – Hannah Yeoh mahu sejarah Kuala Lumpur terus bernyawa

Tegas beliau, usaha memelihara kawasan warisan bukan sekadar berkaitan bangunan lama, sebaliknya turut membabitkan usaha mengekalkan sejarah dan identiti Kuala Lumpur untuk dinikmati generasi seterusnya.

Sumber: FB Hannah Yeoh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved