Kitacon catat untung bersih RM14.5 juta bagi 1QFY26 didorong lebih banyak aktiviti pembinaan

LocalBusiness & Finance
26 May 2026 • 3:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kitacon catat untung bersih RM14.5 juta bagi 1QFY26 didorong lebih banyak aktiviti pembinaan Image from: Kitacon catat untung bersih RM14.5 juta bagi 1QFY26 didorong lebih banyak aktiviti pembinaan amree26/05/2026 - 15:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 MeiKumpulan Kitacon Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM14.49 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, berbanding RM13.76 juta pada tempoh sama tahun lalu.

 

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, peningkatan prestasi tersebut didorong terutamanya oleh tahap aktiviti pembinaan lebih banyak bagi projek-projek sedia ada yang masih sedang berjalan.


Syarikat tersebut jelasnya,, turut meraih perolehan sebanyak RM220.93 juta, meningkat kira-kira 4.7% berbanding RM210.95 juta yang pernah dicatatkan pada suku sama tahun kewangan sebelumnya.


"Keuntungan sebelum cukai (PBT) pula didapati meningkat secara positif sehingga mencecah RM18.87 juta daripada hanya sebanyak RM18.49 juta, sejajar dengan kenaikan pendapatan syarikat," jelas Kitacon.


Berdasarkan kepada prestasi tersebut, kumpulan mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 1.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026, yang akan dibayar pada 30 Jun 2026.


Tambah syarikat pembinaan berkenaan lagi, sehingga kini, ia memiliki buku tempahan terkumpul yang berjumlah RM1.46 bilion, sekali gus memberikan keterlihatan pendapatan sihat dalam jangka panjang.


Mengenai prospek masa depan, Kitacon menyatakan isu persekitaran operasi dijangka kekal mencabar ekoran ketegangan geopolitik global yang mempengaruhi harga bahan binaan serta kos logistik.


"Bagaimanapun, kumpulan memberi jaminan akan terus memantau rapi perkembangan pasaran secara dekat dan melaksanakan strategi bersesuaian bagi mengekalkan daya tahan operasi semasa," ujarnya.


Sementara itu, syarikat berkenaan juga mengumumkan ia berjaya memperoleh pelbagai kontrak baharu bernilai RM190.2 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 26 Mei 2026. - DagangNews.com

Terkini standard