KJ sifatkan ucapan Zahid sebagai ‘PM in waiting’, sedia UMNO hadapi PRU akan datang

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 4:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai satu amanat daripada seorang ‘prime minister in waiting’ yang memberikan gambaran jelas mengenai arah dan hala tuju Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Image from: KJ sifatkan ucapan Zahid sebagai ‘PM in waiting’, sedia UMNO hadapi PRU akan datang

Menurut Khairy, ucapan tersebut bukan sekadar menyentuh perjalanan parti, malah memperlihatkan persediaan kepimpinan UMNO untuk kembali menerajui kerajaan pada pilihan raya akan datang.

“Rumusan daripada ucapan itu, ia adalah ucapan seorang ‘prime minister in waiting’ dan ucapan sebuah ‘government in waiting’,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 hari ini.

Dalam ucapan dasar pada perhimpunan berkenaan, Zahid sekali lagi menyuarakan tuntutan supaya PRU16 diadakan lebih awal.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa UMNO, menerusi gelombang biru yang dibawa parti itu, mampu memperoleh mandat baharu bagi membentuk kerajaan.

Zahid turut menegaskan bahawa gelombang biru berkenaan tidak seharusnya dilihat sekadar usaha untuk menjadikan UMNO sebagai ‘pelengkap kerajaan’.

Image from: KJ sifatkan ucapan Zahid sebagai ‘PM in waiting’, sedia UMNO hadapi PRU akan datang

Sebaliknya, matlamat utama perjuangan itu adalah untuk mendapatkan kembali mandat rakyat bagi membolehkan UMNO memimpin negara.

Dalam perkembangan sama, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyambut baik mesej penyatuan yang diketengahkan sepanjang perhimpunan tersebut.

Beliau turut menggesa bekas ahli yang telah meninggalkan parti supaya kembali bersama UMNO demi membentuk sebuah keluarga parti yang lebih besar dan kuat.

“Sepatutnya masuk baliklah. Kita semua mengalu-alukan mereka masuk balik ke dalam Umno kerana kita nak satu keluarga yang besar. Kita perlukan banyak tenaga dan buah fikiran untuk selesaikan masalah,” jelasnya.

Artikel lain: Pengampunan Najib ditangguhkan, Zahid akui UMNO bersedih dengan keputusan

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li turut berpandangan bahawa kehadiran pimpinan PAS pada PAU 2026 merupakan perkembangan positif ke arah usaha penyatuan ummah.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan; dan Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari dilihat menghadiri perhimpunan agung berkenaan pagi tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved