KKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry

LocalHealth & Fitness
6 Sep 2026 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: KKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry
Perkongsian Zambry menerusi akaun Facebook pada Ahad.

SHAH ALAM - Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) diminta memberikan segala bantuan diperlukan keluarga pelajar yang dilapor meninggal dunia ketika menyertai Program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia 2026 di UiTM Kampus Jengka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, permintaan itu dibuat demi memastikan kebajikan semua peserta yang terlibat terus diberikan perhatian.

"Menerima perkhabaran dukacita mengenai pemergian Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh," ujarnya menerusi Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, seorang pelajar UiTM dilaporkan meninggal dunia manakala lapan orang lagi mengalami sawan dan tidak sedarkan diri ketika menyertai Program KKEC UiTM Se-Malaysia 2026 di UiTM Kampus Jengka, Maran.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diri

KKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICU

KKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry

Zambry turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, sahabat-sahabat dan seluruh warga UiTM.

"Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved