
MARAN – Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut semasa menyertai Program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Jengka mengalami strok haba dan kekurangan oksigen.
Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, berdasarkan siasatan awal juga mendapati mangsa, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, dan seorang lagi mangsa mengalami kekurangan oksigen selain strok haba.
“Mangsa (Fadhlan Fakhry) kemudiannya dihantar mendapat rawatan susulan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan meninggal dunia nit mendapatkan rawatan.
“Berdasarkan siasatan awal enam lagi mangsa yang turut mendapat rawatan di hospital mengalami strok haba,”katanya di sini hari ini.
Menurut Kim Wai kematian mangsa yang merupakan pelajar UiTM Kampus Negeri Sembilan dikategorikan sebagai mati mengejut (SDR).
Dalam pada itu katanya pada masa ini lima pelajar dirawat di Hospital Jengka manakala tiga lagi dirawat di Hoshas Temerloh.
“Ke semua setakat ini stabil dan hanya seorang mangsa masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Temerloh,”ujarnya.
The post KKEC UiTM: Mangsa yang maut serta seorang lagi alami strok haba, kekurangan oksigen appeared first on Kosmo Digital.






