KKEC UiTM: Berjalan 10 kilometer bawa beban 5kg sebelum pengsan

LocalHealth & Fitness
6 Sep 2026 • 5:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KKEC UiTM: Berjalan 10 kilometer bawa beban 5kg sebelum pengsan

Image from: KKEC UiTM: Berjalan 10 kilometer bawa beban 5kg sebelum pengsan

MARAN – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempat menamatkan acara Jalan Lasak pada minit ke-49 sebelum pengsan di garisan penamat ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di UiTM Jengka, di sini, kelmarin.

Bapa penuntut berkenaan, Suzaini Abdullah, 46, berkata, anaknya, Muhammad Adam Azfar, 20, yang juga penuntut Diploma Perakaunan UiTM Segamat, Johor tiba di garisan penamat sebagai peserta pertama dalam kumpulannya sebelum tiba-tiba pengsan.

“Adam berjaya sampai ke garisan penamat pada minit ke-49 sebelum dia pengsan.

“Selepas itu dia dibawa ke Pusat Kesihatan UiTM sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Jengka,”katanya ketika ditemui di Hospital Jengka di sini, hari ini.

Suzaini berkata, difahamkan KKEC merupakan pertandingan secara berkumpulan yang membabitkan empat kategori termasuk Mountain Bike dan Jalan Lasak.

Tambahnya, bagi acara Jalan Lasak, setiap kumpulan disertai enam peserta dan mereka perlu menyelesaikan laluan lebih 10 kilometer dengan membawa beban seberat kira-kira lima kilogram setiap seorang.

Katanya, Adam yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu juga pernah menyertai program sama tahun lalu dan tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.- KOSMO!ONLINE

The post KKEC UiTM: Berjalan 10 kilometer bawa beban 5kg sebelum pengsan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved