KKM tidak memiliki helikopter sendiri, aset diperolehi secara kontrak

LocalHealth & Fitness
9 Sep 2026 • 1:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KKM tidak memiliki helikopter sendiri, aset diperolehi secara kontrak

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memiliki aset helikopter sendiri bagi mengendalikan perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS), sebaliknya menggunakan aset berkenaan menerusi kontrak dengan penyedia perkhidmatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pendekatan itu dibuat antara lain dengan mengambil kira aspek penyelenggaraan dan pengurusan aset.

“Kita sendiri tidak mempunyai aset helikopter. Justeru, kerana pertimbangan dari sudut penyelenggaraan dan sebagainya, kita menggunakan aset melalui kontrak,” katanya.

Menurut beliau, aspek keselamatan penggunaan helikopter pula adalah di bawah bidang kuasa agensi berkaitan.

Katanya, KKM akan mengambil maklum serta mendapatkan input daripada pihak berkuasa berhubung tahap keselamatan helikopter sebelum memutuskan sama ada penggunaannya bagi perkhidmatan FDS akan diteruskan.

“Semua maklum betapa pentingnya perkhidmatan FDS ini untuk kawasan pedalaman di Sarawak.

“Jadi, dari aspek keselamatan, penggunaan helikopter dan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, KKM akan mengambil kira penilaian serta maklumat daripada pihak berkuasa sebelum menentukan kaedah terbaik bagi memastikan perkhidmatan berkenaan terus dilaksanakan.

“Di peringkat KKM, kita akan mengambil maklum dan input daripada pihak berkuasa berkaitan keselamatan helikopter tersebut.

“Daripada itu kita akan buat keputusan sama ada penggunaan helikopter tersebut akan diteruskan untuk perkhidmatan ini,” katanya.

FDS merupakan antara perkhidmatan penting KKM dalam memastikan penduduk di kawasan pedalaman, khususnya di Sarawak, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.- KOSMO! ONLINE.

The post KKM tidak memiliki helikopter sendiri, aset diperolehi secara kontrak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved