KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh

21 Aug 2026 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh

Kontinjen Selangor meneruskan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan kutipan keseluruhan 126 pingat, terdiri daripada 46 pingat emas, 45 pingat perak dan 35 pingat gangsa, setakat hari ini.

Selangor selaku tuan rumah terus mengungguli pungutan pingat dengan 46 pingat emas, 45 pingat perak dan 35 pingat gangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas carta kutipan pingat.

Saingan SUKMA Selangor 2026 masih berlangsung dan kontinjen Selangor dijangka terus menambah koleksi pingat menerusi beberapa acara yang dipertandingkan sepanjang hari ini.

Image from: KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh
Gandingan atlet Sarawak Elvis Priestly dan Awang Sharzan Nasrin Awang Nasaruddin memenangi pingat emas dalam acara akhir terjun 3 meter papan anjal seirama lelaki pada SUKMA Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam pada 21 Ogos 2026. Mereka mencatat mata 333.90. Foto BERNAMA

Image from: KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh
SHAH ALAM, 21 Ogos -- Atlet Sarawak Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj ketika beraksi dalam acara terjun 10 meter Platform Wanita Akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam pada 21 Ogos 2026. Nur Eilisha Rania mencatat mata 280.30. Foto BERNAMA.

Image from: KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh
Aksi atlet Selangor, Goh Zong Xuan beraksi dalam perlawanan akhir wushu acara nandao nangun lelaki pada SUKMA Selangor 2026 di IDCC Convenction Centre, Shah Alam pada 21 Ogos 2026. Foto BERNAMA

Image from: KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh
Pemanah Selangor,Muhammad A'fiq Suhaimi bersama Nur Alyaa Nazurrah Fadzli Fairuz beraksi dalam acara compound berpasukan campuran 50 meter akhir pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Stadium INSPEN, Kajang pada 21 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR

Image from: KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh
Pemanah Selangor,Amirah Batrisyia Mohamad Azizul Rahman, Nur Alya Sorfina Mohd Sarif dan Nur Alyaa Nazurah Fadzil Fairuz beraksi dalam acara compound berpasukan wanita 50 meter akhir pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Stadium INSPEN, Kajang pada 21 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR

Image from: KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh
Aksi atlet gimnastik artistik Selangor dalam acara palang bertingkat pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Dectar, UKM pada 21 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR.

Aksi atlet terjun Selangor Muhammad Haris Mohd Rezal dalam acara 1 meter (m) papan anjal lelaki akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam pada 21 Ogos 2026. Muhammad Haris berjaya merangkul pingat emas dengan catatan 353.80 mata. Foto BERNAMA.

Image from: KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari ketujuh
Atlet terjun Selangor Muhammad Haris Mohd Rezal menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara 1 meter (m) papan anjal lelaki akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam pada 21 Ogos 2026. Muhammad Haris mencatat 353.80 mata. Foto BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved