“Konten Ke Ni?” – Lelaki Campak Barang Dari Troli & Bergaduh Dengan Isteri Di Pasar Raya Curi Perhatian [Video]

5 Jun 2025 • 10:00 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap hari, ada sahaja kisah atau sikap orang ramai yang ditularkan di media sosial.

Ada yang baik malah ada juga yang mencetuskan kontroversi hingga mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain.

Kadangkala, ada kisah atau video tular yang menyebabkan pengguna keliru sama ada ia hanya sekadar konten atau sememangnya terjadi.

Lelaki Campak Barang Dari Troli Di Pasar Raya

Semalam (4 Jun), tular di media sosial video pertengkaran di antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang dipercayai suami isteri di sebuah pasar raya ST Rosyam Mart.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @saudagartanpanama, kelihatan lelaki yang mengenakan baju t-shirt berwarna hitam dan memakai topi itu bertengkar dengan isterinya yang sedang menolak troli.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan lelaki berkenaan yang dilihat ‘mengamuk’ dan mencampak satu per satu barang keluar dari dalam troli tersebut.

“Ini aku tak nak, apa benda ini semua? Letak balik, ini semua tak payah,” katanya sambil membuang barang tersebut.

Isteri Pertahan Mahu Beli Barang

Walau bagaimanapun, wanita itu dilihat bertegas dan mempertahankan tindakannya membeli kesemua barang itu hingga pertengkaran antara mereka terus berlaku.

“Tak de, saya memang nak. Raya nak dekat. Awak ambil balik, saya memang nak ambil ni (barang),” kata wanita itu.

Lebih mengejutkan, lelaki itu dilihat terus bertindak agresif dengan menterbalikkan troli yang dipenuhi dengan barang itu.

“Ini semua tak payah,” katanya.

Antara barang yang dilihat berada dalam troli antaranya adalah beras, lampin bayi, minyak masak dan juga pencuci pakaian.

@saudagartanpanama

Sesekali jadi nitizen.. Tacottt tacot fyp rosyammall rosyammart

♬ original sound – Saudagar Tanpa Nama – Saudagar Tanpa Nama

Tonton video penuh [DI SINI]

Pekerja & Pelanggan Datang Tenangkan, Kedua-Dua Dibawa Jumpa Pihak Pengurusan

Pada hujung video berkenaan, dapat dilihat beberapa individu yang terdiri daripada pelanggan dan pekerja tampil menenangkan lelaki berkenaan.

Menerusi hantaran berasingan, pengguna itu mendakwa kedua-dua mereka telah dibawa berjumpa dengan pihak pengurusan.

“Last-last kena tarik dua-dua pergi jumpa pengurusan dekat situ. Buat kecoh lagi.

“Nanti akan sambung kalau dapat tangkap. Apa kejadahnya sampai kena jumpa pengurusan. Sekian laporan dari netizen sama sini,” tulisnya.

@saudagartanpanama

Replying to @shaufiqah.h Last² kena tarik dua² g jumpa pengurusan kat situ.. Wat kecoh lagi…. Nanti akan sambung kalau dpt tangkap apa kejadah nyaaa sampai kena jumpa pengurusan.. Sekian laporan dr nitizen sana sini

♬ original sound – Saudagar Tanpa Nama – Saudagar Tanpa Nama

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Terkejut Dengan Tindakan Lelaki, Ada Yang Anggap Hanya Konten

Video yang telah mendapat lebih 5.2 juta tontonan dan sohor di beberapa platform itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mengkritik tindakan lelaki terbabit yang dilihat membuang barang dan melayan isterinya sebegitu.

Malah, sikap berangnya itu menyebabkan ramai yang takut dengan realiti rumah tangga sebenar.

Namun, ada segelintir warganet yang berpendapat kemungkinan sikap wanita itu yang melawan menyebabkan suaminya bertindak sedemikian.

Tidak kurang juga, ada pengguna media sosial yang merasakan tindakan itu hanyalah lakonan dan sekadar konten.

Ini antara komen pengguna media sosial:

“Benda Boleh Cakap Elok-Elok, Kenapa Perlu Buang Barang Macam Tu? Buat Malu Kaum Lelaki Je”

image is not available

“Orang Perempuan Tahu Keperluan Harian, Orang Lelaki Angin Je Tahu”

image is not available

“Sepatutnya Perempuan Tu Kena Diam Je, Dia Pun Nak Kuat Suara, Kalau Konten Tak Pe, Kalau Real, Isteri Kena Diam Je, Lagi isteri Kuat, Lagi Tercabar Ego Suami”

image is not available

“Takut Tengok Lelaki Macam Ni, Orang Tengok Tak Malu Ke?”

image is not available

“Kalau Kena Hadap Macam Ni, Biar La Aku Hidup Sendiri, Sunyi Tapi Sekurang-Kurangnya Aku Tenang”

image is not available

“Aku Rasa Bini Dia Dah Lama Sabar & Pendam”

image is not available

Source: