Kontroversi Tulisan Kalimah Allah Di Tokong, Polis Buru Lelaki Digelar ‘Ucuk’

LocalPolitics
9 Apr 2026 • 5:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Suasana tenang di sebuah kawasan tokong di Serkam, Melaka tiba-tiba jadi perhatian ramai selepas muncul contengan kalimah suci `Allah’ dan `Bismillahirrahmanirrahim’ pada dinding binaan tersebut.

Terbaru, Malaysia Gazette melaporkan seorang individu disyaki kerana pernah melakukan perkara sama sebelum ini di beberapa lokasi lain.

Suspek digelar ‘Ucuk’ sudah lama diperhatikan

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert, siasatan awal mendapati seorang lelaki dikenali sebagai ‘Ucuk’ mungkin terlibat dalam kejadian tersebut.

Maklumat awal menunjukkan bekas pelajar tahfizi dikenali ‘Ucuk’ yang dipercayai kurang siuman pernah melakukan perbuatan menconteng tulisan sama di tembok tepi jalan serta tiang elektrik.

Kini, pihak polis sedang mengesan lelaki tersebut kerana tidak menolak kemungkinan individu sama terlibat dalam kejadian di tokong ini.

Tulisan ditemui oleh pemancing, polis buka siasatan

Menurut polis lagi, kejadian tersebut hanya disedari sekitar jam 11 malam apabila seorang lelaki yang sedang memancing ternampak contengan berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295, Seksyen 298 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan mencemarkan tempat ibadat, melukakan perasaan agama serta khianat terhadap harta benda.

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) juga sudah mengambil tindakan segera dengan memadam contengan tersebut.

Pssttt! Perkara melibatkan agama bukan isu kecil dan mudah mencetuskan ketegangan jika tidak dikawal dengan baik. Dalam kes ini, jika benar suspek mempunyai masalah mental, pendekatan yang lebih berhemah dan berperikemanusiaan perlu dipertimbangkan.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Kontroversi Tulisan Kalimah Allah Di Tokong, Polis Buru Lelaki Digelar ‘Ucuk’ appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved