Tokong Ada Kalimah Allah Diroboh Petang Ini, Pemilik Sendiri Ambil Tindakan

LocalPolitics
9 Apr 2026 • 2:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tokong yang menjadi perhatian ramai susulan penemuan kalimah Allah di Jalan Jeti Anjung Batu–Pantai Siring, Serkam akan dirobohkan petang ini oleh pemiliknya sendiri.

Dirobohkan oleh pemilik sendiri

Memetik laporan daripada Berita Harian, Operasi tersebut dijadualkan sekitar jam 2.30 petang dan akan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan bersama pemantauan pihak berkuasa tempatan.

image is not available

Tidak ada kaitan dengan sebarang ajaran sesat

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman memaklumkan bahawa setakat ini pemilik tokong berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang ajaran sesat seperti yang tular sebelum ini.

“Namun Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan polis akan tetap menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Insya-Allah tokong itu akan dirobohkan segera oleh pemilik tanah petang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

image is not available

Terdahulu, penemuan kalimah Allah pada tokong tersebut mencetuskan kebimbangan apabila dikhuatiri boleh menimbulkan sensitiviti agama.

Tulisan itu dikesan oleh sekumpulan pemancing sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

image is not available

Hasil pemeriksaan mendapati tokong binaan batu berwarna merah itu menghadap pantai dan terletak berhampiran tanah berpagar milik persendirian, selain dipercayai telah dibina sejak dua hingga tiga tahun lalu.

Walau bagaimanapun, kewujudan tulisan kalimah ‘Allah’ dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ hanya disedari pada malam kejadian.

Sumber: Berita Harian (Farhana Yaacob)

The post Tokong Ada Kalimah Allah Diroboh Petang Ini, Pemilik Sendiri Ambil Tindakan appeared first on Borak Daily.