Rupanya ‘Ucuk’ Bekas Tahfiz Yang Tulis Kalimah Allah Di Tokong Pantai Siring

LocalPolitics
9 Apr 2026 • 3:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang bekas pelajar tahfiz yang dipercayai mengalami masalah mental, dikenali sebagai ‘Ucuk’, disyaki terlibat dalam kejadian penulisan kalimah Allah dan Bismillahirrahmanirrahim di sebuah tokong di Jalan Jeti Anjung Batu , Pantai Siring, malam tadi, seperti memetik KOSMO ONLINE.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sekitar jam 11 malam berhubung kejadian tersebut sebelum anggota polis bergegas ke lokasi dan mengesahkan perkara itu.

Advertisement

image is not available

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati seorang penduduk kampung pernah melihat individu yang dikenali sebagai ‘Ucuk’ menulis kalimah Allah di tembok tepi jalan serta tiang elektrik sebelum ini.

“Pada pukul 11 malam tadi kita menerima maklumat daripada orang awam mengenai tulisan kaliman Allah dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi pada dinding tokong dan pemeriksaan anggota ke lokasi mengesahkan kejadian itu.

Maklumat awal juga diterima daripada salah seorang penduduk kampung mendakwa pernah melihat lelaki bernama ‘Ucuk’ menconteng tembok tepi jalan dengan kalimah Allah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa individu berkenaan dipercayai merupakan orang kurang siuman selain bekas pelajar tahfiz.Tambah Lee Robert, setakat ini pihak polis masih belum mempunyai maklumat lengkap mengenai lokasi atau keberadaan individu terbabit.

image is not available

Usaha mengesan ‘Ucuk’ kini sedang giat dijalankan dengan bantuan pelbagai pihak bagi membantu siasatan.

Kes Disiasat Bawah Seksyen 295

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membinasa, merosakkan atau mencemarkan tempat ibadat atau objek suci dengan niat mengaibkan mana-mana agama.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-08 16:02:30

Kakak Pelakon Popular Ditahan, Polis Temui Syabu Dalam Beg Silang

The post Rupanya ‘Ucuk’ Bekas Tahfiz Yang Tulis Kalimah Allah Di Tokong Pantai Siring first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.