Kor Ming seru rakyat tolak sentimen perkauman -“Kita adalah sebuah keluarga anak Malaysia”

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 3:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak membenarkan kelompok ekstremis memainkan sentimen perkauman sehingga menjejaskan keharmonian dan perpaduan yang telah lama dibina negara.

Kepelbagaian kaum perlu dirai

Memetik laporan daripada Kosmo! Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyatakan, kepelbagaian kaum dan budaya perlu diraikan sebagai kekuatan Malaysia, bukannya dijadikan alasan untuk memecahbelahkan masyarakat.

“Kepelbagaian budaya dan kaum adalah kekuatan negara kita. Kita harus meraikan kepelbagaian sebagai satu keistimewaan, kelebihan dan kekuatan negara.
“Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan-Dusun dan Orang Asli adalah satu keluarga. Kita adalah sanak saudara,” katanya.

Image from: Kor Ming seru rakyat tolak sentimen perkauman -“Kita adalah sebuah keluarga anak Malaysia”

Kita adalah sebuah keluarga anak Malaysia

Kor Ming menambah, semangat cintakan negara juga tidak seharusnya diterjemahkan sekadar dengan mengibarkan Jalur Gemilang ketika Bulan Kebangsaan, sebaliknya patriotisme perlu dizahirkan menerusi usaha menjaga kestabilan negara, memupuk perpaduan nasional serta mempertahankan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Ketiga-tiga perkara ini merupakan kunci kejayaan negara kita. Sebab itu, kita jangan benarkan puak ekstremis cuba merosakkan keharmonian dan perpaduan yang sekian lama kita jalin bersama.
“Kita adalah sebuah keluarga anak Malaysia yang saling menghormati dan saling menyayangi,” katanya.

Image from: Kor Ming seru rakyat tolak sentimen perkauman -“Kita adalah sebuah keluarga anak Malaysia”

Kita mempunyai satu impian, satu negara & satu misi

Dalam pada itu, beliau menyeru agar semangat kemalaysiaan dipupuk sepanjang masa dan bukan hanya ketika sambutan Bulan Kebangsaan kerana usaha membina serta membangunkan negara memerlukan peranan setiap rakyat.

“Kita mempunyai satu impian, satu negara dan satu misi. Semangat kemalaysiaan itu wajib kita pupuk dan galakkan setiap hari,” katanya.

Image from: Kor Ming seru rakyat tolak sentimen perkauman -“Kita adalah sebuah keluarga anak Malaysia”

Sumber: Kosmo! (Amir Haikal Kamarudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved