Kualiti udara di Selangor merosot, dua kawasan hampiri IPU 200

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 8:24 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kualiti udara di Selangor merosot, dua kawasan hampiri IPU 200

SHAH ALAM, 15 OKT: Kualiti udara di Selangor semakin membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua kawasan menghampiri paras 200, manakala empat lagi berada pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Klang dan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi masing-masing 192, diikuti Shah Alam (180), Banting (170), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (161).

Secara keseluruhan, 34 kawasan di seluruh negara mencatat IPU tidak sihat manakala 34 kawasan lagi berada pada tahap sederhana.

Selain Selangor, Johor turut merekodkan bacaan tinggi di Larkin (188), Batu Pahat dan Pasir Gudang masing-masing 181, Tangkak (176), Pengerang (171), Kluang (164), Kota Tinggi (162) serta Segamat (161).

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatat bacaan 185, diikuti Seremban (182) dan Port Dickson (176).

Melaka pula merekodkan IPU tidak sihat di Bukit Rambai (185), Bandaraya Melaka (178) dan Alor Gajah (177).

Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Putrajaya (176), Cheras (172) dan Batu Muda (162) di Kuala Lumpur.

Beberapa kawasan lain yang terjejas termasuk Tanjung Malim (167), Seri Manjung (166) dan Pegoh Ipoh (102) di Perak serta Temerloh (156), Jerantut (152), Indera Mahkota (152) dan Rompin (151) di Pahang.

Di Sarawak, Samarahan mencatat IPU 153 dan Serian (120), manakala Seberang Perai, Pulau Pinang merekodkan 144 serta Kemaman, Terengganu (105).

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved