
LONDON – Jendela perpindahan musim panas kali ini menyaksikan Tottenham Hotspur muncul sebagai watak paling menonjol selepas membawa masuk 10 pemain baharu dan mengeluarkan perbelanjaan sehingga £304.5 juta (RM1.66 bilion).
Pada hari terakhir jendela perpindahan kelmarin, Spurs membawa masuk dua lagi pemain baharu, Mykhailo Mudryk secara pinjaman dan Tosin Adarabioyo dibawa masuk secara kekal dengan nilai £7 juta (RM38.22 juta).
Bagaimanapun, kedua-dua perpindahan ini akan memberikan kesan besar kepada kelab kerana Spurs dilihat bakal melanggar satu peraturan EPL yang berkaitan dengan pemain bukan berstatus ‘homegrown’.
Kelab-kelab EPL dibenarkan mendaftarkan sehingga 25 pemain senior bagi musim 2026/27, namun, peraturan menetapkan bahawa hanya 17 daripada dibenarkan untuk mereka yang berstatus bukan homegrown.
Pemain ‘homegrown’ ditafsirkan sebagai pemain yang telah didaftarkan dengan kelab England atau Wales selama sekurang-kurangnya tiga musim penuh sebelum mencapai usia 21 tahun.
Status ini ditentukan berdasarkan tempat pemain tersebut dibangunkan, bukannya kewarganegaraan mereka. Pada masa yang sama, pemain bawah 21 tahun yang memenuhi syarat tidak dikira dalam had tersebut.
Kehadiran dua pemain baharu ini menyaksikan Spurs mempunyai 18 pemain bukan homegrown menyebabkan mereka perlu melepaskan salah seorang pemain daripada skuad bagi mematuhi peraturan. – AGENSI
The post EPL: Spurs berdepan risiko langgar peraturan appeared first on Kosmo Digital.





