Kumpulan lelaki bakar mercun atas jalan diburu polis

26 Aug 2026 • 4:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kumpulan lelaki bakar mercun atas jalan diburu polis
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan perbuatan sekumpulan individu membakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14, Shah Alam.
Image from: Kumpulan lelaki bakar mercun atas jalan diburu polis
Polis mengesan sekumpulan lelaki untuk siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14.

SHAH ALAM - Sekumpulan lelaki giat dikesan polis untuk siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, laporan dibuat Ketua Polis Balai Bukit Jelutong pada Rabu berkaitan penularan video insiden terbabit.

Menurutnya, kejadian disyaki berlaku sekitar jam 4.22 petang, Selasa semasa perarakan kematian menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden Setia Alam.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam aktiviti membakar mercun ini dan saksi yang berada di tempat kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

**media[3626957]**

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076.

Sebelum itu, insiden itu tular di media sosial aplikasi Threads menyatakan terdapat kejadian sekumpulan lelaki membakar mercun di lokasi terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved