Kunjungi Pameran Pesta Bola Merdeka

LocalFootball
4 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kunjungi Pameran Pesta Bola Merdeka

KEMENTERIAN Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia sedang menganjurkan Pameran Pesta Bola Merdeka bermula 31 Ogos–31 Disember 2026 di Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.Pameran ini diadakan bagi mengangkat bola sepak sebagai sebahagian daripada perjalanan sejarah negara yang membentuk semangat kebangsaan, perpaduan dan identiti Malaysia.Melalui pameran ini, sejarah dan perkembangan bola sepak dipamerkan sejak sebelum kemerdekaan, peranannya ketika era perjuangan kemerdekaan sehingga kini menjadi sukan yang paling dekat di hati rakyat Malaysia.Melalui pameran ini, masyarakat berpeluang mengimbau detik-detik bersejarah yang mencorakkan perjalanan bola sepak negara serta menghargai sumbangan tokoh-tokoh penting dalam membangunkan bola sepak negara seiring dengan perjuangan mencapai kemerdekaan.Datuk Aaron Ago Dagang,  Menteri Perpaduan Negara berkata, “Bola sepak bukan sekadar permainan, tetapi menjadi medium yang menyatukan rakyat Malaysia.Sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi, bola sepak telah menjadi sebahagian daripada denyut nadi masyarakat, merentasi kaum, agama dan latar belakang.Semangat kesukanan yang dibina melalui bola sepak turut mencerminkan semangat perjuangan dan kecintaan terhadap tanah air yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara yang merdeka.Pameran ini dibuka secara percuma kepada orang awam bermula jam 9.00 pagi–5.00 petang. Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung dan menerokai pelbagai bahan pameran yang mengetengahkan sejarah, perkembangan serta peranan bola sepak dalam perjalanan pembinaan negara bangsa. – UTUSANKEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

The post Kunjungi Pameran Pesta Bola Merdeka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved