Lapan ADUN BN, dua PN dilantik Exco Negeri Sembilan

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 11:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lapan ADUN BN, dua PN dilantik Exco Negeri Sembilan

KUALA PILAH: Seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan.

Selain ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim yang dilantik sebagai Menteri Besar pada Ahad lalu, mereka yang lain ialah ADUN Linggi, Datuk Mohd. Faizal Ramli; Datuk Haji Zaifulbahri Idris (Chembong) dan Datuk Mustapha Nagoor(Palong).

Turut dilantik, ADUN Chennah dari MCA, Siow Kong Choon; Siti Nur Umaira Hasim (Labu); Datuk Mohd Asna Amin (Lenggeng); Datuk Mohd. Razi Mohd. Ali (Sungai Lui) dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Dua ADUN dari Perikatan Nasional (PN) turut dilantik dalam barisan Exco kali ini iaitu Mohd. Fairuz Mohd. Isa (Serting) dan Datuk Razali Abu Samah (Sikamat).

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) dan PN bersama membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas menang 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu. – UTUSAN

The post Lapan ADUN BN, dua PN dilantik Exco Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved