
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, media sosial sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
Manakan tidak, ia menjadi medium penyampaian maklumat yang utama malah menjadi tempat seseorang itu untuk berkongsi kisah tentang kehidupannya.
Lebih menarik, media sosial juga boleh menjadi platform untuk setiap pengguna saling bertukar ilmu atau info menerusi penubuhan kumpulan atau grup tertentu.
Pun begitu, ada sisi gelap media sosial apabila segelintir individu tidak bertanggungjawab yang dilihat menyalah gunakan kemudahan berkenaan dengan melakukan perbuatan keji antaranya seperti mencipta grup yang tidak elok dan melanggar undang-undang.
Grup Facebook Penuh Dengan Gambar Pelajar Sekolah, Disertai Lebih 11,000 Ahli
Semalam (10 Jun) kecoh di media sosial mengenai kewujudan satu kumpulan di Facebook yang dipenuhi dengan gambar pelajar sekolah.
Apa yang menjadi perhatian adalah grup yang diberi nama ‘Group Budak2 Sekolah Rendah’ dan dianggotai lebih 12,000 pengguna itu didakwa telah menyalah gunakan imej pelajar sekolah yang sememangnya di bawah umur.
Lebih teruk, setiap kapsyen malah komen dari kebanyakkan pengguna dilihat bersifat tidak sopan dan lucah.
Perkara menjelikkan itu dikongsikan oleh penyanyi rap tanah air, Caprice menerusi Instagram miliknya selepas dia menerima mesej peribadi dari seorang pengguna mengenai kewujudan grup berkenaan.
Menerusi hantaran tersebut, Caprice menyeru agar Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir kumpulan tersebut.
Cikgu Fadli Salleh Turut Berkongsi Tentang Kewujudan Grup
Bukan hanya Caprice, grup berkenaan turut dikongsikan oleh bekas guru dan aktivis, Mohd Fadli Salleh di Facebook miliknya.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pantau la group pedo (pedofilia) ini. Cari siapa admin, tangkap dan dakwa.
“Lebih 12,000 ahli Group Budak2 Sekolah Rendah. Post dan komen-komen dalam tu macam gamp*ng belaka, gila seks kat budak-budak,” tulisnya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pantau la group pedo ni. Cari siapa admin, tangkap dan dakwa. Lebih 12k…
Posted by Mohd Fadli Salleh on Tuesday 10 June 2025
Pempengaruh Turut Jadi Mangsa, Gambar Ketika Sekolah Turut Dikongsikan Dalam Grup
Malah, pempengaruh dan TikToker, Mek Yun turut menjadi mangsa kumpulan berkenaan.
Kongsi Mek Yun menerusi video di Threads, dia juga turut menjadi mangsa apabila gambar miliknya pada zaman sekolah turut dikongsikan oleh seseorang dalam grup tersebut.
Jelas influencer berkenaan, dia terkejut dan tidak sangka apabila wujud grup sebegitu yang baginya amat menjijikkan.
“Korang, sumpah Mek Yun rasa bengang dan jijik sangat sekarang ni. Hari ini (10 Jun) ramai yang dm (mesej) Mek Yun beritahu yang gambar Mekyun masa sekolah digunakan dalam satu grup Facebook ni.
“Grup Budak-Budak Sekolah Rendah dengan 12,000 members (ahli), Mekyun terkejut dan speechless (tergamam).
“Sebab group tu share gambar sekolah, budak kecil termasuk gambar Mekyun masa sekolah dan komen-komen dekat gambar sangat menjijikkan,” katanya.
Tambah Mekyun, perbuatan itu disifatkan sebagai satu jenayah dan dia mahu pihak berkaitan seperti MCMC dan PDRM mengambil tindakan terhadap pentadbir grup berkenaan.
“Ini bukan pasal Mekyun. Ini pasal budak-budak yang tak tahu gambar mereka diperdagangkan dalam grup kotor tu.
“Siapa lagi nak lindungi budak-budak tu semua kalau bukan kita?” katanya
Malah, Mekyun turut meminta orang ramai agar bersama-sama membuat laporan terhadap kumpulan tersebut.
Grup Facebook Didakwa Telah Dipadam
Menerusi hantaran terbaharu Cikgu Fadli Salleh, dia mendakwa kumpulan itu telah hilang dari platform berkenaan.
Namun, dia tidak dapat memastikan sama ada pentadbir akaun tersebut yang menutup grup berkenaan atau diturunkan oleh MCMC.
“Page pedo Group Budak2 Sekolah Rendah dah hilang dari radar. Sama ada admin tutup atau SKMM turunkan.
“Atau Facebook yang tutup kerana banyak report. Walau dah tutup, harap SKMM buru semua pedo dalam tu,” katanya.
Memetik mStar, grup berkenaan difahamkan telah wujud sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh seorang pentadbir lelaki dan wanita.
Page pedo Group Budak2 Sekolah Rendah dah hilang dari radar. Samada admin tutup atau SKMM turunkan. Atau FB yang tutup kerana banyak report. Walau dah tutup, harap SKMM buru semua pedo dalam tu. 🤬
Posted by Mohd Fadli Salleh on Tuesday 10 June 2025
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Rekreasi Mengenai Kewujudan Grup
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri melihat kewujudan grup tersebut.
Ramai yang marah dan mengecam pentadbir serta ahli dalam kumpulan berkenaan yang dilihat tidak sopan apabila mengeluarkan komen yang tidak sepatutnya.
Malah, ada yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan bukan hanya kepada pentadbir malah kepada ahli dalam grup tersebut.
Namun, ada yang berpendapat ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengawal dan mendidik anak agar lebih berhati-hati menggunakan media sosial.
Kongsi Gambar Budak Sekolah Satu Kesalahan
Sebagai info, merakam dan menyebarkan gambar kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran merupakan satu pelanggaran undang-undang.
Di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 211), yang menyebut larangan terhadap pemberian kandungan jelik.
Orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Gila La, Terang-Terang Ini Pedofilia”

“Sebab Tu Jangan Bagi Anak-Anak Bawak Umur Ada Akaun Media Sosial”

“Gambar Budak Perempuan Dijadikan Sebagai Penaik Nafsu”

“Macam Mana Orang Boleh Create Grup Macam Tu? Otak Tak De Ke? Jijiknya”

“Please Tangkap Manusia Jijik Di Sebalik Grup Tu, Report Page Sahaja Takkan Henti Kejijikan Orang”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Pregnant Pun Tak Selamat” – Lelaki Warga Emas Kantoi Rakam Gambar & Video Wanita Mengandung [Video]
Source:


