Lebih 13,000 meriahkan Larian MAPPA XX1 2026

SportsHealth & Fitness
8 Aug 2026 • 11:29 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 13,000 meriahkan Larian MAPPA XX1 2026

PUTRAJAYA: Lebih 13,000 peserta dan pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya sempena Larian MAPPA XXI Tahun 2026, sekali gus mencatatkan sambutan luar biasa terhadap usaha kerajaan membudayakan gaya hidup sihat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, buat pertama kalinya tahun ini, kategori 21 kilometer (KM) di perkenalkan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan INTAN Bukit Kiara (KESKI).

“Program ini menjadi platform menghimpunkan penjawat awam, sektor swasta dan masyarakat melalui aktiviti yang berteraskan aspirasi Malaysia Madani.

“Empat kategori dipertandingkan, iaitu Fun Walk (3 kilometer), Fun Run (5 kilometer), Competitive Run (10 kilometer) dan Half Marathon (21 kilometer) yang menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM26,000.

“Pelbagai aktiviti sampingan turut berlangsung bagi memeriahkan program termasuk senamrobik, Mini Tournament Pickleball, pemeriksaan kesihatan percuma di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Jualan Rahmah Madani,” katanya ditemui pada progra Larian MAPPA XXI Tahun 2026 di sini hari ini.

Para peserta dan pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM100,000 termasuk sebuah kereta, motosikal, pakej percutian dan pelbagai barangan elektrik.

Sebanyak 42 reruai pameran disediakan melibatkan agensi kerajaan, syarikat swasta dan penaja yang menawarkan pelbagai perkhidmatan serta maklumat kepada pengunjung. – UTUSAN

The post Lebih 13,000 meriahkan Larian MAPPA XX1 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved