Lebih 20,000 Hadir Majlis Di Sabah, Syed Saddiq Zahir Penghargaan - “Kami Terhutang Budi”

1 Nov 2026 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Lebih 20,000 Hadir Majlis Di Sabah, Syed Saddiq Zahir Penghargaan - “Kami Terhutang Budi”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada orang ramai yang hadir memeriahkan majlis Kenduri Rakyat sempena meraikan perkahwinannya bersama penyanyi, Bella Astillah di Sabah.Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syed Saddiq memaklumkan lebih 20,000 tetamu hadir ke majlis yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Sabtu.Malah, dia turut menyifatkan sambutan luar biasa itu sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya dan Bella.“Kenduri rakyat versi Sabah is fire.“Lebih 20,000 yang hadir. Terima kasih! Kami terhutang budi ❤️,” tulisnya.Tamnah Syed Saddiq, hujan yang turun juga menghalang orang ramai daripada terus berada di lokasi bagi memeriahkan majlis pasangan berkenaan.“Hujan hujan pun stay lagi,” tambahnya.Untuk rekod, majlis Kenduri Rakyat di Sabah merupakan antara siri sambutan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella yang turut meraikan orang ramai.Pasangan itu sebelum ini mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober lalu, sebelum meneruskan sambutan menerusi Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober.Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.Sumber: Instagram Story Syed Saddiq

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved