[VIDEO] Kenduri rakyat BASS macam Pesta Kaamatan

31 Oct 2026 • 5:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Kenduri rakyat BASS macam Pesta Kaamatan

PETALING JAYA – “Suasana meriah bagaikan Pesta Kaamatan!”

Itu antara gambaran yang diberikan terhadap kemeriahan majlis kenduri rakyat selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, majlis perkahwinan pasangan yang dikenali sebagai BASS itu mencuri perhatian apabila orang ramai berkumpul bagi meraikan hari bahagia mereka.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Gracewang berkata, majlis tersebut sungguh meriah umpama Pesta Kaamatan.

“Kenapa macam vibes Kaamatan ni. Meriah betul tau,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Arini memuji orang ramai yang hadir mengenakan pakaian tradisional negeri tersebut.

“Seronoknya tengok usaha orang yang pakai baju tradisional. Memang betul-betul ikut tema!,” katanya.

Sementara itu seorang pengguna dikenali sebagai Dian berkata dia terharu melihat majlis tersebut selain berterima kasih kepada pasangan itu yang ikhlas melayan tetamu.

“Saya terharu melihat majlis ini betapa ikhlasnya YB dn Bella melayan tetamu yang hadir tak kira bangsa, agama dan darjat.. MasyaAllah, tabarakallah..menitis air mata terharu. semoga hubungan mahligai perkahwinan YB dan Bella kekal hingga ke jannah,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu turut mengadakan kenduri rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober lalu yang menerima kehadiran ribuan tetamu.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Kenduri rakyat BASS macam Pesta Kaamatan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved