Lebih 5,000 semarak Ambang Merdeka di Pasir Gudang

31 Aug 2026 • 11:11 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 5,000 semarak Ambang Merdeka di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU: Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Dataran Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang, di sini malam tadi bagi menyemarakkan sambutan Ambang Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-69.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh patriotik itu turut dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Datin Paduka Hazlina Jalil, selain warga setempat yang hadir bersama keluarga seawal petang.

Kemuncak sambutan ialah detik tepat 12 tengah malam apabila Jalur Gemilang dinaikkan, sekali gus menandakan bermulanya 31 Ogos sebagai hari penuh bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia.

Suasana bertambah meriah apabila langit Pasir Gudang dihiasi pertunjukan bunga api yang menerangi ruang udara TMIYC, disambut sorakan dan laungan patriotik ribuan pengunjung.

Kemeriahan turut diserikan dengan persembahan artis popular tanah air, Ara Johari dan Hael Husaini yang menghiburkan orang ramai.

Kibaran Jalur Gemilang, sorakan ‘Merdeka!’ dan cahaya bunga api yang memenuhi langit menjadi gambaran jelas semangat rakyat yang terus menghargai nikmat keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi selama ini.-UTUSAN

The post Lebih 5,000 semarak Ambang Merdeka di Pasir Gudang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved