Lebih ramai Ahli Parlimen ‘menyusul’, pintu Bersama sentiasa terbuka – Rafizi

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 3:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih ramai Ahli Parlimen ‘menyusul’, pintu Bersama sentiasa terbuka – Rafizi

PUCHONG – Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menolak kemungkinan akan disertai lebih ramai Ahli Parlimen susulan perkembangan politik semasa yang menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti masing-masing.

Pengerusi Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pihaknya bagaimanapun tidak mengetahui sama ada terdapat Ahli Parlimen lain yang kini sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti berkenaan.

Menurut beliau, Bersama tidak pernah memaksa mana-mana wakil rakyat untuk menyertai parti itu sebaliknya keputusan tersebut bergantung kepada pendirian dan kehendak individu terbabit.

“Bersama terbuka menerima mana-mana individu yang mahu menyertai parti berdasarkan keputusan serta kehendak mereka sendiri tanpa sebarang paksaan.

“Setakat ini saya tidak mengetahui sama ada terdapat Ahli Parlimen lain yang sedang mempertimbangkan untuk menyertai Bersama pada masa ini,” katanya pada sidang akhbar berhubung peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen di Ibu Pejabat Bersama, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Lebih ramai Ahli Parlimen ‘menyusul’, pintu Bersama sentiasa terbuka – Rafizi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved