

Lebuh raya bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) sepanjang 8.2 kilometer yang dicadangkan dianggarkan menelan belanja RM1.75 bilion, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan, menurut Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital).
Pelaksanaan projek ini dijalankan menerusi model bina-kendali-pindah (BOT) di bawah usaha sama antara LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd .
Berdasarkan pemfailan rasmi kepada Bursa Malaysia, tempoh pembinaan bagi lebuh raya bertingkat ini dijangka mengambil masa selama empat tahun. Selain itu, cadangan tempoh konsesi yang ditetapkan adalah selama 60 tahun.
Bagaimanapun, segala perincian termasuk kos akhir dan reka bentuk masih tertakluk kepada pemuktamadan kajian teknikal serta kewangan. Pihak syarikat mempunyai tempoh selama 12 bulan untuk menyelesaikan segala rundingan dan pelaksanaan perjanjian konsesi yang berkaitan.
Penyelesaian Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Greater Kuala LumpurMenteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa kelulusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI. Projek ini bukan sahaja berimpak tinggi untuk rakyat malah merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Lebuhraya BSE direka khusus untuk berfungsi sebagai penyambung strategik rangkaian jalan raya sedia ada. Kehadirannya dijangka menjadi alternatif berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan trafik harian di sekitar Greater Kuala Lumpur.


![[VIDEO] KL banjir, sesak 3km Zoo Negara ke KL East Mall](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-09-at-16.52.39-1024x642.jpeg)



