Lebuh raya Seremban-Kuala Pilah-Bahau tiada dalam perancangan KKR ketika ini

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 11:17 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebuh raya Seremban-Kuala Pilah-Bahau tiada dalam perancangan KKR ketika ini

PETALING JAYA: Cadangan pembinaan Lebuh Raya Madani yang menghubungkan Seremban-Kuala Pilah-Bahau tidak termasuk dalam perancangan Kementerian Kerja Raya (KKR) ketika ini.

Bagaimanapun, KKR berkata, kajian Laluan Alternatif Jalan Seremban-Kuala Pilah (FT051) yang dimulakan pada Julai 2022 dan diselesaikan pada Julai 2023 telah mengenal pasti penyelesaian berdasarkan keperluan trafik, guna tanah, sosioekonomi serta kesan alam sekitar dan sosial.

Susulan kajian itu, dua projek kerja awalan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Projek pertama membabitkan kerja awalan pembinaan Jalan Kuala Pilah Bypass dari Tanjung Ipoh ke Kampung Gentam Tengah, Kuala Pilah, dengan peruntukan RM187 juta bagi reka bentuk dan pengambilan tanah.

Projek kedua pula melibatkan kerja awalan pembinaan jalan baharu dari Ulu Bendul ke Tanjung Ipoh dengan peruntukan RM5 juta bagi reka bentuk di bawah RMK13.

“Hasil kerja awalan dan reka bentuk ini akan digunakan untuk memuktamadkan skop teknikal dan menyediakan anggaran kos projek yang lebih terperinci.

“Seterusnya, permohonan bagi pelaksanaan projek fizikal akan dikemukakan kepada agensi pusat untuk pertimbangan dan kelulusan.

“KKR juga menerima beberapa cadangan daripada pihak swasta untuk membina lebuh raya bertol di laluan itu menerusi kaedah unsolicited proposal namun keputusan pelaksanaannya tertakluk kepada pertimbangan agensi pusat.,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen hari ini.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai status terkini cadangan lebuh raya berkenaan. -UTUSAN

The post Lebuh raya Seremban-Kuala Pilah-Bahau tiada dalam perancangan KKR ketika ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved