Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah

image.png

Cadangan pembinaan Lebuh raya Madani menghubungkan Seremban-Kuala Pilah-Bahau tiada dalam perancangan Kementerian Kerja Raya (KKR). Bagaimanapun, KKR meluluskan dua projek kerja awalan jalan baharu dan laluan pintas (bypass) bagi mengurangkan kesesakan di jajaran berkenaan menerusi RMK12 dan RMK13.

Cadangan Lebuh Raya Madani Ditolak, KKR Sedia Laluan Alternatif

Keputusan ini dimaklumkan menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen bagi menjawab soalan Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli (BN-Jempol).

Bagaimanapun, KKR telah menyelesaikan kajian Laluan Alternatif Jalan Seremban-Kuala Pilah (FT051) sejak Julai 2023 bagi menangani isu trafik dan sosioekonomi tempatan.

Dua Projek Kerja Awalan Diluluskan di Bawah RMK12 & RMK13

Sebagai penyelesaian, KKR menyalurkan peruntukan bagi dua projek kerja awalan membina jalan baharu dan laluan pintas:

Kuala Pilah Bypass (RM187 Juta): Meliputi kerja awalan dari Tanjung Ipoh ke Kampung Gentam Tengah bagi tujuan reka bentuk dan pengambilan tanah di bawah RMK12.

Jalan Baharu Ulu Bendul-Tanjung Ipoh (RM5 Juta): Peruntukan di bawah RMK13 fokus kepada reka bentuk teknikal awal.

Hasil kajian teknikal ini akan menentukan anggaran kos keseluruhan sebelum dikemukakan kepada agensi pusat untuk kelulusan projek fizikal.

KKR turut mengesahkan ada menerima cadangan pihak swasta (unsolicited proposal) untuk lebuh raya bertol di laluan tersebut, namun keputusannya masih tertakluk kepada pertimbangan kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved