Lee Zii Jia mohon injunksi mahkamah, mahu sekat bapa & kakak buat keputusan syarikat

13 Oct 2026 • 10:12 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia, dilaporkan memohon injunksi interim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang bapa dan kakaknya daripada membuat keputusan kewangan serta pengurusan tertentu dalam syarikat LZJ Management, sementara pertikaian undang-undang masih berjalan.

Saman difailkan 3 Julai lalu

Memetik laporan daripada Timesport, dalam saman yang difailkan pada 2 Julai lalu, Zii Jia menamakan bapanya, Lee Chee Hin; kakaknya, Lee Zii Yii; adiknya, Lee Tao; serta LZJ Management sebagai responden.

Permohonan itu antara lain bertujuan menghalang Chee Hin dan Zii Yii, yang merupakan pengarah syarikat, daripada meluluskan yuran pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri sendiri yang melebihi gaji bulanan mereka.

Image from: Lee Zii Jia mohon injunksi mahkamah, mahu sekat bapa & kakak buat keputusan syarikat

Foto: Ibu bapa Zii Jia

Mohon sekatan terhadap keputusan berkaitan syarikat

Selain itu, beliau turut memohon sekatan terhadap keputusan berkaitan pelantikan dan penyingkiran pengarah, pelantikan setiausaha syarikat, pelupusan aset utama, penerbitan saham baharu serta perubahan struktur pegangan saham tanpa kelulusan mahkamah.

Zii Jia mendakwa memiliki 90 peratus saham syarikat berkenaan, manakala Zii Yii memegang sembilan peratus dan Lee Tao memiliki satu peratus.

Image from: Lee Zii Jia mohon injunksi mahkamah, mahu sekat bapa & kakak buat keputusan syarikat

Foto: Lee Zii Yi, Lee Zii Jia & Lee Tao

Dalam pada masa sama, beliau memohon perintah mahkamah bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan hal ehwal pengurusan serta tadbir urus syarikat.

Menerusi afidavit sokongannya, Zii Jia menyatakan usaha mengadakan EGM pada 22 Disember tahun lalu gagal berikutan kegagalan mencapai kuorum.

Beliau mahu mesyuarat itu diadakan dalam tempoh 14 hari selepas perintah mahkamah dikeluarkan atau dalam tempoh lain yang ditetapkan mahkamah, selain memohon kebenaran mengeluarkan notis mesyuarat dan melantik pengerusi bebas.

Image from: Lee Zii Jia mohon injunksi mahkamah, mahu sekat bapa & kakak buat keputusan syarikat

Walau bagaimanapun, permohonan itu dibantah pihak responden. Dalam afidavit balasan yang difailkan pada 6 Ogos lalu, Chee Hin mempertikaikan keperluan campur tangan mahkamah dengan menyatakan syarikat tersebut masih menguruskan hal berkaitan kerjaya badminton profesional anaknya.

Sumber: Timesport (K. M. Boopathy)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved