Rumusan Artikel
Lee Zii Jia memohon injunksi interim berkaitan pengurusan LZJ Management.
Permohonan itu melibatkan bapa, kakak dan adiknya sebagai responden.
Zii Jia mahu kuasa terhadap kewangan dan beberapa keputusan penting syarikat dihadkan.
Beliau turut memohon EGM diadakan bagi membincangkan pengurusan dan tadbir urus syarikat.
Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia dilaporkan memohon perintah mahkamah bagi mengehadkan kuasa bapa dan kakaknya dalam menguruskan kewangan serta pentadbiran syarikatnya, LZJ Management.
View this post on Instagram
Permohonan injunksi interim itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi saman bertarikh 2 Julai 2026 dengan nombor kes WA-24NCC-400-07/2026.
Libatkan Bapa, Kakak Dan Adik
Permohonan tersebut turut melibatkan bapanya, Lee Chee Hin, kakaknya, Lee Zii Yii, serta adiknya, Lee Tao sebagai responden.
Menerusi permohonan itu, Zii Jia mahu Chee Hin dan Zii Yii dihalang daripada meluluskan sebarang bayaran fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri mereka sendiri, kecuali gaji bulanan.
Mahu Hadkan Keputusan Penting Syarikat
Zii Jia turut memohon supaya keputusan penting berkaitan hala tuju syarikat tidak dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa kebenaran mahkamah.
Sekatan yang dimohon termasuk urusan pelantikan atau penyingkiran pengarah, pemilihan setiausaha syarikat, penjualan aset utama, pengeluaran saham baharu serta perubahan pegangan saham.
Dalam dokumen berkenaan, Zii Jia mendakwa memiliki 90 peratus kepentingan dalam LZJ Management, manakala Zii Yii memegang sembilan peratus dan Lee Tao baki satu peratus.
Mohon EGM Bincang Tadbir Urus
Selain injunksi interim, Zii Jia turut memohon supaya mahkamah mengarahkan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan.
Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan tadbir urus syarikat.
Permohonan injunksi berkenaan dibuat sementara pertikaian undang-undang berkaitan masih berjalan dan bertujuan menetapkan batasan terhadap tindakan tertentu sepanjang proses tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sekolah Di 4 Negeri, Putrajaya Serta Beberapa PPD Di Selangor & Pahang Ditutup Esok – Fadhlina Sidek
The post Lee Zii Jia Mohon Perintah Mahkamah Hadkan Kuasa Bapa, Kakak Urus Kewangan Syarikat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






