Zii Jia mohon mahkamah halang bapa, kakak urus kewangan

13 Oct 2026 • 9:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Zii Jia mohon mahkamah halang bapa, kakak urus kewangan

KUALA LUMPUR -Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia, mengambil tindakan undang-undang dengan memohon injunksi interim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang bapa dan kakaknya daripada membuat keputusan tertentu berhubung urusan kewangan dan pengurusan syarikat LZJ Management sepanjang pertikaian undang-undang itu berlangsung.

Permohonan itu difailkan menerusi saman bertarikh 2 Julai 2026, dengan menamakan bapanya iaitu Lee Chee Hin dan kakaknya, Lee Zii Yii, Zii Jia.

Zii Jia turut menamakan adiknya, Lee Tao serta LZJ Management sebagai responden dalam prosiding itu.

Selain itu, beliau juga memohon supaya Chee Hin dan Zii Yii, yang juga pengarah syarikat, dilarang meluluskan fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri sendiri selain gaji bulanan masing-masing.

Beliau turut memohon sekatan terhadap keputusan berkaitan pelantikan dan penyingkiran pengarah, pelantikan setiausaha syarikat, pelupusan aset utama, penerbitan saham baharu serta perubahan struktur pemilikan saham tanpa kelulusan mahkamah.

Menurut permohonan itu, Zii Jia mendakwa memiliki 90 peratus kepentingan dalam LZJ Management, manakala Zii Yii memegang sembilan peratus dan Lee Tao satu peratus.

Selain injunksi interim, pemain itu turut memohon perintah mahkamah supaya mesyuarat agung luar biasa diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan tadbir urus syarikat.

The post Zii Jia mohon mahkamah halang bapa, kakak urus kewangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved