Lelaki mengamuk di Nibong Tebal, 2 terbunuh

10 Aug 2026 • 11:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki mengamuk di Nibong Tebal, 2 terbunuh

Pada 10 Ogos 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua orang terbunuh, sembilan orang lagi cedera, lapan daripadanya parah dengan mengalami luka-luka di kepala dan badan dalam satu kejadian amuk menggunakan ‘golok perak’ oleh seorang lelaki berusia 39 tahun di Pekan Kecil Tasik, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Mangsa amuk yang terbunuh dikenali sebagai Teoh Ah Leng, 70 tahun yang cedera parah di kepala. Seorang lagi dikenali sebagai Chong Lay Soong, 60 telah mengalami luka-luka di kepala dan badannya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 Ogos 1979 – Sheikh Mohamad Yunus Mohamad Yatim, Kadi Besar Wilayah Persekutuan telah dilantik secara rasmi menjadi Mufti Melaka.
  • 10 Ogos 1982 – Sains komputer bakal diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran pilihan di Maktab-Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mulai tahun hadapan.
  • 10 Ogos 1984 – Seorang guru ajaran sesat yang menggunakan kitab ‘Mengenal Roh‘ yang telah diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) empat tahun lalu mendakwa dirinya mempunyai 4,000 orang pengikut.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my

The post Lelaki mengamuk di Nibong Tebal, 2 terbunuh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved