
PETALING JAYA – Seorang lelaki bersenjata tajam melarikan barang kemas dianggar bernilai kira-kira RM300,000 dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Damansara Damai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.19 tengah hari.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, kejadian membabitkan seorang suspek lelaki yang bersenjatakan senjata tajam.
“Suspek membawa lari barangan kemas yang dianggarkan berjumlah lebih kurang RM300,000.
“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompak bersenjata,” katanya dalam kenyataan.
Shamsudin berkata, polis kini giat mengesan suspek yang terlibat dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.– KOSMO! ONLINE
The post Lelaki bersenjata tajam samun kedai emas, larikan barang kemas RM300,000 appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] Ingatkan pak cik kurier, rupanya ‘rembat’ parcel penghuni](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-30-at-3.29.29-PM-1024x607.jpeg)
