
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mungkin ramai di antara kita yang sudahpun mengetahui tentang sejarah atau cerita mengenai bekas lombong terdalam di Malaysia iaitu Tasik The Mines yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.
Bagi yang tidak tahu, Tasik The Mines antara yang terbesar dan terdalam di dunia itu juga diceritakan memiliki ikan-ikan bersaiz besar di dalamnya.
Malah, ada individu-individu yang akan berasa seram atau takut setiap kali melihat atau mendekati tasik ini.
Lelaki cadang Tasik The Mines jadi tempat ‘freediving’
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial seorang influencer yang juga guru renang dikenali sebagai Teacher Hadi memberi cadangan agar Tasik The Mines dijadikan tempat sukan ‘freediving’.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@swimiss.academy), Hadi mencadangkan agar air pada Tasik The Mines diubah menjadi biru serta jernih seperti tasik di dalam rakamannya itu.
“Jom kita suruh kerajaan buat Tasik The Mines jadi macam ini. Kedalaman dah cukup,” tulisnya di dalam video.
Tasik The Mines bolah jadi tumpuan pelancong
Menurutnya, sekiranya tasik itu dimanfaatkan sepenuhnya, ia mampu menjadi tempat tumpuan serta tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
“Sebenarnya Malaysia ada aset terbesar iaitu Tasik The Mines, tasik atau lombong terbesar dan terdalam di dunia.
“Sekiranya kita betul-betul manfaatkan perkara ini, Malaysia boleh jadi tumpuan pelancong yang meminati industri sukan ‘freediving’ ini.
“Cuma nak tanya, mahal ke kos untuk jadikan tasik biru dan jernih macam ini?” katanya.
Sebenarnya Malaysia ada aset terbesar iaitu tasik the mines. Tasik atau lombong terbesar dan terdalam di dunia. Sekiranya kita betul-betul manfaatkan perkara ini, Malaysia boleh jadi tumpuan pelancong yang meminati industri sukan freediving ini. Cuma nak tanya, mahal ke cost untuk jadikan tasik biru dan jernih macam gini? Regards Teacher Hadi Freediving Instructor Swimiss Academy ‘The only easy day was yesterday’ #freediving #FreedivingKingdom #freedivingcourse #freedivingtraining #TeacherHadi #SwimissAcademy #AquaKingdom
Memindai ke ruangan komen, cadangan yang diberikan oleh lelaki terbabit telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga TikTok.
Segelintir pengguna media sosial tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dengan mendakwa bahawa bekas kawasan lombong itu tidak sesuai dijadikan sebagai tempat menyelam serta berenang.
Malah, ada yang berasa takut kerana mendakwa pernah melihat ikan-ikan bersaiz besar di dalam tasik terbabit.
Bahkan ada yang merasakan warna air di Tasik The Mines yang kegelapan sudah cukup menyeramkan.
Sebagai info, Tasik Mines sebenarnya adalah produk pelancongan yang menyediakan servis bot persiaran, Mines Cruise buat para pengunjung yang ingin mengelilingi tasik berkenaan.
Tasik The Mines juga memegang rekod sebagai bekas lombong bijih dedah paling dalam di dunia iaitu sekitar 452 meter, lapor Berita Harian.







![“30 Hari 30 Kes Bomba”- Gelagat Individu Gagal Tiru Resipi Khairul Aming Buat Ramai Pecah Perut [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![“Tak Perlu Lari & Lompat” – Lelaki Kongsi Tips Besenam Atasi Masalah Perut Buncit [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)
![Ramai Sebak Lelaki Berbuka Di Kubur Ibu, Siap Bawa Makanan Kesukaan Insan Tersayang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)