Lelaki didakwa salah guna wang jualan syarikat

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 4:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki didakwa salah guna wang jualan syarikat
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, atas pertuduhan menyalahgunakan wang hasil jualan barangan milik sebuah syarikat berjumlah RM2,176.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan menyalahgunakan wang hasil jualan barangan milik sebuah syarikat.

Tertuduh, Tong Ban Tat, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Heng Yi Min.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pemilik syarikat Ah Tat Station didakwa secara tidak jujur dan curang menggunakan untuk kegunaan sendiri wang berjumlah RM2,176 pada Oktober 2024 di No. 71, Jalan Midah 7, Taman Midah di sini.

Wang itu didakwa merupakan hasil jualan komputer riba jenis Lenovo, komputer riba ThinkPad, peranti elektronik jenis iPad dan produk kecantikan yang dimiliki sebuah syarikat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, dengan sebatan serta denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan kes kemudiannya ditetapkan pada 16 Oktober untuk serahan dokumen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved