Lelaki ditemui mati dalam MPV

23 Aug 2026 • 4:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki ditemui mati dalam MPV
Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang berkunci.
Image from: Lelaki ditemui mati dalam MPV
Polis menerima maklumat kejadian itu jam 8.56 malam melibatkan mangsa, warga tempatan berusia 27 tahun.

TAPAH - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang berkunci di belakang sebuah kedai perkakas dekat Bidor di sini pada Sabtu.

Polis menerima maklumat kejadian itu jam 8.56 malam melibatkan mangsa, warga tempatan berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pemerhatian mendapati semua pintu kenderaan berkunci dan tingkap ditutup rapat.

**media[3623772]**

"Pihak polis kemudiannya mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membuka pintu kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang belakang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau unsur pergelutan.

"Tiada senjata berbahaya turut dijumpai di dalam kenderaan tersebut. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini," katanya.

Mayat mangsa telah dikeluarkan sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk tujuan bedah siasat.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved