Lelaki mampu layan pasangan ‘shopping’ cuma 26 minit 

22 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki mampu layan pasangan ‘shopping’ cuma 26 minit 

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa lelaki mula berasa bosan selepas hanya 26 minit membeli-belah bersama pasangan mereka.

Kajian disiarkan laman berita MailOnline itu mendapati kira-kira 80 peratus golongan lelaki mengaku aktiviti beli-belah pakaian adalah sesuatu yang membosankan. 

Antara faktor utama menyebabkan situasi itu berlaku termasuk mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan, lapar, terlepas menonton rancangan televisyen atau perlawanan sukan kegemaran. 

Golongan wanita pula akan berasa letih selepas dua jam, terutamanya jika mereka belum menemukan barang yang dicari.

Kajian sama menunjukkan bahawa walaupun lelaki dan wanita mempunyai had selesa berlainan ketika membeli-belah, mereka cenderung untuk hilang kesabaran atas sebab yang berbeza. – AGENSI

 

The post Lelaki mampu layan pasangan ‘shopping’ cuma 26 minit  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved