Lelaki maut kereta dipandu terbabas langgar tiang monorel

LocalCars
17 Oct 2026 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut kereta dipandu terbabas langgar tiang monorel
Tular rakaman video memaparkan satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di Jalan Hang Tuah.
Image from: Lelaki maut kereta dipandu terbabas langgar tiang monorel
Lokasi kemalangan membabitkan seorang lelaki yang maut pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang monorel di Jalan Hang Tuah, di sini, pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 28 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut yang membabitkan sebuah Perodua Ativa pada jam 4.49 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pudu menghala ke Jalan Dewan Bahasa.

“Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan melanggar tiang monorel di lokasi kejadian.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

**media[3680747]**

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Hang Tuah.

Mohd Zamzuri berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved